Dropship & Bisnes Borong China

Dropship

Mulakan berniaga online dengan dropship. Apa itu dropship ? Anda menjadi agen atau orang tengah bagi pihak pembekal anda. Tugas anda cuma promosikan barangan tersebut. Tak kisah laa anda nak jadi dropshipper brapa banyak pun. 

Yang penting masyukk !! hehe ..Dropship Tudung merupakan antara items yang laris dijual secara online. Terutama semasa musim perayaan tiba. Untung 15%-20% tu ok la kan. Andai kata anda menjual 50 pasang sudah banyak untung dapat. Income geli2.

Bisnes Borong China

Buat mereka yang ada modal boleh cuba memborong dari China.. Tak tau nak membeli dari China secara online?? Meh saya ajarkan..

Mula-mula anda cuba kumpul modal jual produk orang. Buat dropship je dari rumah. Lepas ada modal kan boleh la borong barang dari China.. Tau dak? Harga barang dari sana 30%-50% lebih murah dari pasaran kita?

Dengan memborong barang dari China anda dapat  :
  • Anda boleh cari & selongkar barang hot dan mendapat permintaan  dipasaran.  
  • Boleh dapatkannya dengan harga yang sangat murah & berbaloi
  • Anda juga boleh jualkannya dngan harga yang sangat tinggi selepas tiba di Malaysia
  • Anda memiliki sumber barangan yang tidak dimiliki oleh pesaing-pesaing anda
  • Anda boleh untung besar walaupun anda menjual barangan jualan anda dengan harga yang rendah dari harga pasaran.
  • Customer anda tertunggu-tunggu stok-stok terbaru dari kedai anda
Mari saya tunjukkan beberapa contoh seperti dibawah :


Percaya tak sebuah beg sandang ini harga nya 19.90 Yuen bersamaan RM12.00 camtu? Harga jual di malaysia dalam lingkungan RM40-RM50 kan ?? Banyak tak untung??


Ini kasut ala-ala croc wanita. harga kat Malaysia berpuluh ringgit, sana di China baru RM11++. Murah bukan? Tak rugi memborong disana.


Cardigan ni pun boleh tahan murah. Klau jual Malaysia RM30 inggit siap pos bukan kah kita masih untung tinggi lagi. Seronok tak beli direct dari pembekal ?

Pastinya ia menjadikan anda sebagai seorang usahawan hebat yang disegani oleh pelanggan mahupun pesaing anda

Untuk memiliki apa yang anda bayangkan itu anda perlu pergi memborong di China. Tak yah pergi China. Boleh beli online kat "satu" website ni. Nak tauu ??? Klik Sini, baca kat website tu la

Baca Juga >> Beli Kasut Bayi Murah di Taobao (KLIK SINI)
Baca Selanjutnya...

Idea Produk Bestseller Dropship

Sebelum itu, mari kita baca kisah kejayaan usahawanita online ni. Beliau bijak mencari idea bestseller untuk produknya.



Fiona King
Beliau memulakan perniagaan lampin pakai semula atau lampin daripada kain pada tahun 2000 setelah kecewa dengan penggunaan lampin pakai buang. Website beliau adalah : http://www.totsbots.com/. Produk lampin bayi beliau di buat berasakan fiber buluh. Pernah dianugerahkan perniagaan hijau dan beliau hanya bekerja dari rumah.


TIPS : Idea baru di dalam perniagaan adalah sangat penting. Pernah dengar ‘ Blue Ocean Strategy ‘ atau kata lain buat yang lain daripada yang pasaran biasa. Airasia tidak akan terkenal pada hari ini jika pengasasnya Tony Fernandez membangunkan penerbangan tambang murah untuk orang biasa - biasa

Untuk pengetahuan uolss, kalau kat China banyak je produk yang rare. Nak jual tak? Usha website ni. Klik Sini
Baca Selanjutnya...

Kelebihan Agen Dropship

Menjadi agen dropship kepada pembekal anda seharusnya memudahkan kerja anda. Apa yang mudah? Tak perlu simpan stok melambak dan juga tak perlu pos barang. Suka tak ? Stor rumah anda kecil ? Jgn risau sebab anda tak perlu ruang untuk simpan stok bertimbun-timbun itu.


  • Anda tidak perlu simpan stok

Satu lagi kelebihan agen dropship ialah anda sesekali tidak perlu membeli produk secara pukal. Betul kata saya ni, sebab anda tidak perlu menyimpan stok produk dalam rumah. Kalau anda menyimpan stok ini sedikit sebanyak menyukarkan anda untuk pergi kurier produk tersebut, tambah-tambah lagi jika anda berada di luar kawasan. Seronoknya, anda boleh buat duit tanpa menyimpan stok produk. Jadi, tiada masalah stok rosak, stok tidak habis dijual, stok lama dan sebagainya. Sememangny, stok produk di pegang oleh pembekal anda. Dia adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyimpan stok produk.

  • Anda tidak perlu pos barang

Ya ! Anda tidak perlu bersusah payah parking kereta keluar rumah untuk mengeposkan barang jualan kerana pembekal anda bersedia untuk melakukan aktiviti ini semua termasuk pos. Kerja anda mudah sahaja, buat apa menyusahkan diri sedangkan yang lebih senang ada.  Pastikan selepas barang anda di pos, apa yang perlu anda buat ialah meminta tracking number pos untuk diberikan kepada pelanggan anda. Cara ini terbukti untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan anda terhadap bisnes anda.

Pstt, nak tau camne nak buat bisnes secara dropship ? TAPI anda beli barang dari China. Jimat 30%-50% modal awal anda. Baca sini sekarang. Klik untuk baca !!

Baca Selanjutnya...

Cara Sistem Dropship Berfungsi

Bagi mereka yang tak tau nak cari stock produk anda boleh sertai mana-mana seller yang menawarkan dropshipping. Dropship tu maksud nya anda bayar harga modal + pos jika ada. Dan lebihan untung anda boleh simpan terus. Pos barang pula pembekal anda yang uruskan.



Rajah diatas menunjukkan bagaimana dropship berfungsi. Perhatikan aliran anak panah tersebut.  Reseller merujuk kepada anda dan buyer merujuk kepada pembeli
Sumber gambar : Google
  • Secara ringkasnya, dropship ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin :
  • ·         Menjana pendapatan sampingan di internet
  • ·         Nak menjual produk tetapi tiada tempat untuk peroleh sumber barangan
  • ·         Nak mulakan perniagaan tanpa sebarang modal
  • ·         Mahu menjual produk yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran
  • ·         Mereka yang dah ada blog jualan online tetapi nak tambah sumber barangan.
  • ·         Nak mulakan perniagaan produk fizikal tanpa perlu simpan sebarang stok
  • ·         Nak ubah kewangan diri sendiri dari hasil perniagaan dropship
Mulakan bisnes dropship hari ini. 

Baca Selanjutnya...

Tenaga Kerja Jimat Dropship

Memulakan bisnes dengan membuka kedai dan mengambil pekerja membebani aliran tunai kita kan ? Mana tak nyaa setiap bulan kena bayar sewa kedai, bil air, bil internet dan juga gaji pekerja.

Dropship tidak memerlukan pekerja dan juga sewa kedai. Tak perlu pening kepala untuk bayar gaji pekerja dan juga bayar sewa kedai. 

Fokusnya, aktiviti promosi  sahaja. Anda perlu ada modal untuk melanggan internet sahaja. Itu sudah cukup jimat. Pasal internet, kini banyak syarikat telco menyediakan  perkhidmatan internet dengan harga yang berpatutan. 

Anda boleh servei sendiri di kedai telekomunikasi mengikut kemampuan sendiri. Saya pakai Maxis (4 GB) je sebulan. Bukan nak promote tapi nak share je. hihihi. Saya tak langgan pun internet Unifi dan Streamyx, tak tahan harga dia tu dan juga ada kontrak !! Yang pakai Unifi dan Streamyx tu satu kelebihan bagi anda.

Jangan bagi alasan tak nak berniaga online jika kemudahan sudah ada depan mata uollss..

Rakan saya seorang usahawan, dia sudah menjana pendapatan 4 angka hanya dengan memborong dari China. Anda fikir kos modal yang ditawarkan pembekal terlalu mahal. Kenapa tidak ajaa borong dari China. Boleh baca sini , Klik Sini


Baca Selanjutnya...

Pasaran Bisnes Dropship

Sudah join mana - mana supplier yang menawarkan dropship ? Dah dapat bahan promosi produk terbabit?

Nak menjual mesti kena ada pembeli bukan ? Pasaran online Malaysia sangat luas. Anda bebas menjual pelbagai jenis produk tanpa terikat dengan sebarang peraturan. Rata-rata produk yang laris dalam pasaran adalah produk yang sering mendapat permintaan. Contoh produk kosmetik dan kelengkapan bayi serta barang dapur.

Anda perlu tahu, kuasa beli yang tinggi dalam talian berpihak kepada kaum wanita. Anda boleh menyasarkan produk-produk yang wanita suka beli seperti produk kesihatan, kecantikan, barang dapur, pakaian, barang  perhiasan, dan seumpamanya. 

Saya akan kongsikan cara untuk mencari produk - produk tersebut dalam bab yang akan datang. Dengan adanya pasaran yang lebih berfokus, jualan anda pasti meletup. Untung pun boleh dikatakan lumayan. Konklusinya, sertai dropship, cari produk yang mendapat permintaan, jual di internet seterusnya nikmati untung yang berterusan  masuk ke akaun anda.

Incase uolss ada modal lebih RM300- RM500 inggit saya syorkan anda baca kat bawah ni :-
Pastt, tapikan kalau uollss nak tau kalau beli barang direct dari China lagikkk murah pastu balik Malaysia boleh mark up 200% harga. Nak tau camne nak beli barang dari China secara online jer dari rumah,?? Klik Sini sekarang !!
Baca Selanjutnya...

Dropship & Modal

Hai, anda tidak mempunyai modal besar untuk memulakan bisnes sendiri? Tidak mengapa, jangan bersedih kerana dengan wujudnya sistem dropship anda boleh menjimatkan wang dari terus melebur tanpa tentu hala.

Jika anda sertai dropship, terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda peroleh. Saya ringkaskan seperti dibawah :

Tanpa sebarang modal besar diperingkat permulaan.

Saya tahu, ramai orang suka buat duit di internet. Tapi alangkah kecewanya jika anda terpaksa keluarkan sedikit modal. Dropship adalah pilihan anda kerana ia tidak memerlukan modal yang besar. Kalau rugi pun, tak adalah sehingga semua harta benda anda tergadai. 

Tegasnya, anda perlu tahu bahawa dropship ini memang tidak mengeluarkan sebarang wang banyak pada peringkat permulaan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya ada juga pihak penyedia produk ( pembekal ) mengenakan yuran dropship. 

Pada saya, jika produk yang ditawarkan betul-betul mendapat permintaan anda boleh sahaja bayar akan tetapi saya lebih memilih pembekal yang tidak mengenakan apa-apa syarat bayaran dropship.


Cukup sekadar anda mempunyai capaian internet dan laptop. Bagi yang ada gadjet seperti Smartphones, Ipad dan tablet ini memudahkan lagi urusan tempahan anda jika berada di luar kawasan seperti shopping mall ke, kampung halaman ke. Masa tu mesti tak bawa laptop yang memberatkan belakang anda. Hihi. Jadi, gadjet masa kini amatlah membantu. 

Setakat yang saya tahu, pelanggan lebih suka membuat tempahan menerusi SMS dan juga Wassup. Dua kaedah ini paling popular dan serasi dengan saya.

Rakan saya seorang usahawan, dia sudah menjana pendapatan 4 angka hanya dengan memborong dari China. Anda fikir kos modal yang ditawarkan pembekal terlalu mahal. Kenapa tidak ajaa borong dari China. Boleh baca sini , Klik Sini
Baca Selanjutnya...

Apa Itu Dropship/Agen Dropship

Maksud dropship

Saudara/saudari pernah dengar apa itu sistem dropship ? . Bagi yang baru bermula mungkin tidak pernah mendengar apa itu perkataan dropship. Dropship dengan kata mudah ialah anda jual apa-apa jenis barang fizikal dalam internet ( online ) dan anda menentukan sendiri untung anda. Dan yang pastinya, dropship boleh buat duit untuk anda.
Tetapi sebelum saya teruskan apa yang bakal terkandung di dalam panduan ini, adalah amat penting untuk anda ketahui bahawa dropship tidak ada kena mengena dengan kaitan dibawah :

Ini bukan MLM
Ini bukan Pelaburan Haram
Ini bukan Skim Cepat Kaya
Ini bukan Insurance/ Takaful
Ini sama sekali tidak  program bukan-bukan.

Apa yang bakal saya kongsikan dalam blog ini terbukti memberikan pendapatan yang cukup lumayan selama saya menjadi agen dropship. Mungkin panduan dalam blog ini juga bakal mengubah kehidupan anda kelak, siapa tahu?

Sudahkah anda bersedia? Jom kita mulakan..
Baca Selanjutnya...
© Copyright 2013-2016. Informasi Dropship & Tips Borong China. All Rights Reserved. Designed by: LBT (Lovely Blogging Tricks)