Dropship & Modal
Hai, anda tidak mempunyai modal besar untuk memulakan bisnes sendiri? Tidak mengapa, jangan bersedih kerana dengan wujudnya sistem dropship anda boleh menjimatkan wang dari terus melebur tanpa tentu hala.
Jika anda sertai dropship, terdapat beberapa kelebihan yang bakal
anda peroleh. Saya ringkaskan seperti dibawah :
Tanpa sebarang modal besar diperingkat permulaan.
Saya tahu, ramai orang suka buat duit di
internet. Tapi alangkah kecewanya jika anda terpaksa keluarkan sedikit modal.
Dropship adalah pilihan anda kerana ia tidak memerlukan modal yang besar. Kalau
rugi pun, tak adalah sehingga semua harta benda anda tergadai.
Tegasnya, anda
perlu tahu bahawa dropship ini memang tidak mengeluarkan sebarang wang banyak pada peringkat permulaan.
Tapi, berdasarkan pengalaman saya ada juga pihak penyedia produk ( pembekal ) mengenakan
yuran dropship.
Pada saya, jika produk yang ditawarkan betul-betul mendapat
permintaan anda boleh sahaja bayar akan tetapi saya lebih memilih pembekal yang
tidak mengenakan apa-apa syarat bayaran dropship.
Cukup sekadar anda mempunyai capaian
internet dan laptop. Bagi yang ada gadjet seperti Smartphones, Ipad dan tablet
ini memudahkan lagi urusan tempahan anda jika berada di luar kawasan seperti
shopping mall ke, kampung halaman ke. Masa tu mesti tak bawa laptop yang
memberatkan belakang anda. Hihi. Jadi, gadjet masa kini amatlah membantu.
Setakat yang saya tahu, pelanggan lebih suka membuat tempahan menerusi SMS dan
juga Wassup. Dua kaedah ini paling popular dan serasi dengan saya.
Rakan saya seorang usahawan, dia sudah menjana pendapatan 4 angka hanya dengan memborong dari China. Anda fikir kos modal yang ditawarkan pembekal terlalu mahal. Kenapa tidak ajaa borong dari China. Boleh baca sini , Klik Sini